KL: Aktor kacak yang sedang meningkat naik, Shukri Yahaya kini jatuh hati dengan pelakon jelita graduan jurusan undang-undang, Fathia Latiff. Yakin dapat membimbing Fathia, Shukri menyimpan rasa suka dan sayang terhadapnya walaupun Fathia tidak sukakan Shukri. Namun begitu, rasa yang wujud itu hanyalah sekadar tuntutan karakter yang dilakonkan dalam drama terbaru gandingan mereka.
"Menerusi drama terbaru saya yang berjudul Dia Isteri Luar Biasa, saya memegang watak sebagai Dewi Yusra, seorang wanita yang tidak percayakan lelaki. Namun begitu, watak Raden Amzar lakonan Shukri pula dalam diam menyimpan perasaan kepada Dewi Yusra dan mahu membimbingnya walaupun Dewi Yusra tidak suka dengan Raden Amzar," ujar Fathia kepada portal Murai.
Mengimbau kembali drama Ariana Rose yang pernah menghangatkan nama Fathia sebelum ini, gandingannya bersama Keith Foo dalam siri tersebut mendapat sambutan hangat sehingga dia digosipkan bercinta dengan Keith kerana keserasian mereka dalam layar. Adakah kali ini Fathia sekali lagi rela digosipkan bercinta dengan Shukri selepas mereka berdua muncul dalam drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa?
"Saya tidak kisah akan hal tersebut kerana gosip adalah lumrah kehidupan dalam menjadi anak seni. Jika peminat memperkatakan tentang keserasian saya dan Shukri, maknanya apa yang kami cuba sampaikan dalam lakonan memberi kesan di hati penonton," jawab Fathia lagi.
Mengharapkan drama ini mendapat respon positif orang ramai seperti mana drama Ariana Rose, Fathia mengharapkan drama ini dapat menarik minat penggemar novel karya Umi Nadzimah ini sendiri dan peminat baru di kalangan penonton drama tempatan.
"Saya berharap maklum balas baik untuk drama ini diterima ramai. Semoga Dia Isteri Luar Biasa dapat diterima oleh penggemar novelnya dan peminat drama tempatan di luar sana. Jangan lupa untuk menyaksikan gandingan saya bersama Shukri, Siti Elizad, Keith Foo dan ramai lagi pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam hanya di TV3, saluran 103," ujar Fathia
Kredit gambar: Instagram @fatiyalatiff