Punca Sebenar Muhyiddin Yasin Dibuang Jawatan Sebagai Timbalan Perdana Menteri Oleh Najib Razak Akibat Beliau Dedahkan Rahsia Terbesar Negara Yang Buat Anda Terkejut ?

No Comments
Ucapan penuh kontroversi yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur Ahad lalu menyebabkan diri beliau diboikot.

Menerusi ucapan di majlis yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti mengkritik Presiden Parti tentang isu 1MDB yang sehingga sekarang rata-rata masih ada yang memahaminya seratus peratus.

Terbaru, UMNO bahagian Raub telah membatalkan jemputan terhadap Timbalan Perdana Menteri bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Mesyuarat tergempar telah diadakan berikutan kenyataan yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin dan kata sepakat telah dicapai dengan membatalkan jemputan terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, segala keputusan tersebut dibuat berdasarkan keadaan politik semasa.

“UMNO bahagian kecewa dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat kenyataan membelakangi semangat setiakawan dan kesepaduan dalam parti.



“UMNO Raub juga kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang boleh melunturkan semangat jentera parti dan menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

KEBENARAN! Video Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Punca Diri Diboikot


Ucapan beliau sebelum ini jelas menyatakan tidak memahami apa yang berlaku dengan 1MDB lebih-lebih lagi isu laporan The Edge dihentam kerana menyebarkan fakta tidak betul.


Malahan lagi, Timbalan Perdana Menteri turut dilihat cenderung ke arah bekas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sama sekali tidak yakin dengan kepimpinan di bawah Perdana Menteri sekarang.

Ekoran daripada itu, Pejabat Perdana Menteri memberi respon dan menasihati beliau agar tidak mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya memberi ruang kepada siasatan yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap hal-hal yang berkait dengan 1MDB.

back to top