Pagi Isnin, seperti biasa, bangun pagi awal sikit semata-mata nak baca apa yang berlaku dalam beberapa hari ini. Sabtu dan Ahad penuh dengan jemputan Rumah Terbuka dan semalam Budiey sempat hadir di event pertama selepas raya iaitu Soft Launch Jenama Kasut Joe Flizzow di Taman Tun Dr Ismail. Nanti Budiey kemaskini berita tentang event ini. Terima kasih Joe Saiful yang sudi jemput.
Dalam pada itu, duk belek-belek Metro hari ini ada baca tentang gossip ni. Aduhh… baca tahu je siapa artis yang dimaksudkan. Korang baca lah.
Memang tidak banyak publisiti mengenai artis popular ini sejak kebelakangan ini. Bukan saja sudah memperlahankan aktiviti seni, artis wanita ini dikatakan sibuk memberi fokus kepada perniagaan berkaitan fesyen yang diceburinya.
Bagaimanapun, SS tidak tahu sama ada perniagaan itu memberi pulangan atau sebaliknya. Namun, ada cerita terbaru disampaikan rakan SS mengenai artis ini yang dikatakan berdepan masalah kewangan teruk.
Apa yang buat SS tidak percaya, artis itu terpaksa menggadai jam tangan mewah berharga puluhan ribu ringgit hadiah daripada teman lelakinya kerana tidak ada wang. Perkara itu terbongkar apabila seorang rakan yang juga teman baik kepada teman lelakinya sendiri yang membuat pendedahan berkenaan.
Apa lagi naik beranglah teman lelakinya itu bila dapat tahu hadiah mahal yang diberikan pada artis itu tergadai seolah-olah ia tidak dihargai. Sejak itu, kata rakan SS, teman lelaki artis popular itu lebih berhati-hati untuk menghadiahkan barangan mahal kepada artis popular itu.
Dia bimbang jika hadiah mahal yang diberikan akan menjadi mangsa gadai lagi selepas ini.
Bagi SS pula, tiada salahnya jika artis itu kembali berlakon sekali gus boleh mengatasi masalah kewangannya itu. Sampai bila pula dia ingin hidup bergantung dengan teman lelakinya itu.
Pada masa sama, artis itu juga berbakat besar dalam bidang lakonan dan SS percaya ramai yang merindui dia kembali mewarnai bidang seni tanah air.
Pada masa sama, artis itu juga berbakat besar dalam bidang lakonan dan SS percaya ramai yang merindui dia kembali mewarnai bidang seni tanah air.
SS: Didik anak-anak belajar menabung sejak kecil seperti ORANG ITU.. hahaha