Fathia Kini Berbaik Semula Dengan Aiman Hakim Redza

No Comments


Pengakuan Fathia Latiff Kini Berbaik Semula Dengan Aiman Hakim Redza | Pandai juga Fathia bermain tarik tali dengan kenyataannya yang sebelum ini ‘Fathia Latiff Akui Hubungan Cinta Berakhir‘. Setelah sebulan lebih mengesahkan bahawa hubungan cintanya yang telah dua tahun terjalin dengan Aiman Hakim Redza sudah berakhir, kini Fathia Latiff muncul dengan berita gembira.


Apa yang gembira? pastinya hubungan mereka kembali pulih dan telah pun berbaik semula. Auchh! jadi gosip sebelum ini ‘Putus Cinta Bukan Kerana Orang Ketiga – Fathia‘ sama sekali tidak benar kerana antara mereka masih lagi ada rasa cinta, memang susah untuk melupakan orang yang bersama disaat susah dan senang selama dua tahun. Memang susah tau!



Fathia Akui Kini Berbaik Semula Dengan Aiman Hakim Redza



Kenyataan terbaik dari Fathia yang kini ‘Dilantik Duta Wangian Avon‘ :-


“Sudah dua minggu Fathia berbaik semula dengan Aiman,”

“Selepas tersebar cerita Fathia dan Aiman putus cinta, Fathia dapati terlalu banyak andaian yang orang lain buat mengenai kisah kami.”

“Jadi kalau boleh, Fathia tidak mahu bercerita banyak tentang hal ini,”

Nasib baik Fathia terbuka hati untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminatnya kerana sebelum ini peminat masih tertanya-tanya status sebenar hubungan mereka susulan daripada berita pengakuan putus cinta oleh Fathia disiarkan oleh akhbar Kosmo, awal Januari lalu.

Fathia dan Aiman Hakim Redza
Kalau dah berbaik memang elok la kan. Sayang percintaan yang terjalin selama 2 tahun bukannya mudah untuk dilupakan begitu sahaja.

back to top