Elizabeth Tan Akui Takut Selepas Gosip Mesra Dengan Lelaki!

No Comments

Sebelum ini nama Elizabeth Tan dipetik dan dikaitkan dengan kontroversi hubungan rapatnya bersama lelaki. Ekoran daripada itu, akui Elizabeth Tan dirnya kini sudah takut untuk mesra dengan mana-mana lelaki lebih-lebih lagi yang terlibat dengan industri seni tanah air.


Mungkin enggan lagi dirinya dikaitkan dengan gosip murahan ataupun sebagai perosak hubungan cinta seperti yang didakwa sebelum ini, “Panas! Elizabeth Tan Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?“, Elizabeth mengambil jalan mudah untuk tidak terlalu mesra dengan mereka yang ingin berkenalan.




“Kalau ada yang ingin berkenalan atau cuba hantar mesej, saya hanya jawab ringkas seperti “ok” atau “lol” atau tidak jawab langsung bagi mengelakkan perbualan tersebut berlanjutan,”katanya.

Kontroversi dirinya sebelum ini yang mengatakan bercinta dengan bekas suami pelakon Nabila Huda iaitu Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger dinafikan sendiri oleh Eddie.



Harap-harap apa yang terjadi ini diambil iktibar dan mungkin tak salah Elizabeth bergaul mesra dengan rakan-rakan artis asalkan tetap berhati-hati dan tahu batas-batas sebagai seorang rakan setugas.

back to top