Baru-baru ini, Tasha Shilla telah beberapa kali menggemparkan industri hiburan tanah air apabila berani tampil seksi tidak kisahlah untuk menghiasi muka depan majalah mahu pun ketika menghadiri majlis fesyen dan pelakon ini mempunyai jawapan kepada tindakannya itu.
Melalui sisipan B*Pop keluaran Berita Harian hari ini, Tasha menjelaskan perkara tersebut dilakukan di atas dasar kerjaya selain menyatakan pakaian yang digayakannya itu adalah di atas dasar minatnya sendiri terhadap fesyen.
“Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus,” jelasnya kepada akhbar tersebut.
Selain itu, menurut Tasha, ketika ini dia hanya mahu menjadi diri sendiri namun dalam masa yang sama terbuka untuk menerima kritikan yang mendorongnya ke arah yang lebih positif. Malah Tasha juga memohon maaf jika sikapnya mengguris perasaan ramai orang.
“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” katanya lagi.
- Rotikaya
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH
5 comments
kalau ada pegangan agama,, takkan kamu pakai begitu. ini bukti kamu tidak takut dengan seksaan d hari akhirat dan ingkar dengan perintah Allah.. berani betul
Dri korang marah..kutuk dia dll..cuba doakan kbaikan utk dia..mna taw wktu kamu bdoa wktu itu Allah makbulkan..maaf andai trasa
Hope she'll change her attitude and for Allah's sake. Insha Allah. Be a good muslimah and people will salute you!
harap dia dpt berubah..aku doakan kau berubah satu hari nnti..kita manusia xlari dr buat kesalahan..manusia juga tidak layak untuk menghukum sesama manusia..siapalah kita untuk menghina sesama manusia..jika nk tegur..ada caranya..xperlu nk menunding jari pd org lain...lihat diri sendiri..adakah kita cukup sempurna?