Bahaya Pening Kepala Selepas Pancut Klimaks

No Comments


Masalah sakit kepala selepas klimaks atau 'post climax headache' adalah fenomena yang boleh berlaku kepada semua orang. Ia membabitkan sakit kepala teramat sangat selepas klimaks sama ada hasil onani atau hubungan seksual.


Pening kepala ini boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.


Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.


Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas pada otot dan perjalanan darah dalam kepala.


Jika perkara ini kerap berlaku walaupun selepas cuba makan ubat, individu yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan urat saraf atau neurological.


Ini untuk menentukan sama ada wujud sesuatu sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.


Jika hasil pemeriksaan menunjukkan semuanya normal, individu yang mengalami gejala pening tidak perlu khuatir.


Ini kerana pegawai perubatan yang merawat boleh memberi ubat antiradang. Ubat ini boleh dimakan sebelum bersama atau sebelum anda melakukan onani.

back to top