Tunang Shukri Yahaya Cemburu Dengan Adegan Mesra Dalam Drama Dia Isteri Luar Biasa

No Comments
Aksi mesra diantara Shukri Yahaya dan Fathia Latiff didalam dram Dia Isteri Luar Biasa telah mengundang rasa cemburu tunang kepada aktor tersebut, Tya Adnan apabila menonton adegan-adegan romantis itu. Bagaimanapun, selepas Shukri memberikan sedikit penjelasan tunangnya itu memahami akan kerjayanya sebagai seorang pelakon.


Tunang Shukri Yahaya Cemburu Dengan Adegan Mesra Dalam Drama Dia Isteri Luar Biasa

Malah, Shukri tidak akan meletakkan sebarang syarat  sekiranya sudah berkahwin nanti kerana sebagai seorang pelakon bakal isterinya itu perlu tahu akan tuntutan sesuatu kerjaya yang dilakukan.
    Tunang saya cemburu juga tapi dia cemburu disebabkan termakan apa yang orang cakap negatif terhadap drama ini. Sesudah itu apabila diterangkan dia sudah memahami akan kerja dan niat saya ini.

    Saya sudah cakap dengan tunang untuk menjadi seorang pelakon saya rasa tak perlu ada syarat-syarat itu semua dan semestinya ada batas-batas yang tertentu seperti adegan atas katil, ghairah semua itu saya tak buat walaupun saya bujang. Saya tahu itu akan datangkan masalah dan setakat ini tunang saya faham.


Tunang Shukri Yahaya Cemburu Dengan Adegan Mesra Dalam Drama Dia Isteri Luar Biasa

Berbicara mengenai permohonan maaf daripada Ziela Jalil mengenai surat terbuka yang menyifatkan DILB sebagai drama tidak bermoral, Shukri dan pelakon-pelakon lain didalam drama tersebut menyokong sepenuhnya akan tindakan  penerbit itu.
    Ziela Jalil buat benda yang betul. Dia banyak bertungkus-lumus untuk cerita ini dan memberikan ruang antara saya dan Fathia untuk lebih mengenali seterusnya mendapat chemistry kerana saya sebetulnya tak pernah berlakon bersama Fathia dan inilah pertama kalinya.

    Dia minta maaf untuk menjernihkan keadaan pada semua orang. Kami ini pelakon dan minta pun jadi seperti itu cuma buat apa yang sepatutnya.

Tunang mana yang tidak merasa cemburu apabila melihat aksi mesra bersama perempuan lain yang memang hot di Malaysia. Namun, Tya kena lah bersabar, kami pasti hati Shukri Yahaya tidak akan berubah hati lagipun kalian sudah mahu menikah tidak lama lagi.-rotikaya

back to top