Fathia Bengang Kena Gosip Muka Melecur Sebab Botox

No Comments
Kadang-kadang, tidak dinafikan tajuk sesebuah artikel itu sengaja ditulis dengan ayat-ayat ‘gempak’ bagi menarik perhatian pembaca.
Tapi, kalau sudah terlebih sangat, ia mungkin akan mengundang salah faham di kalangan pembaca terutamanya kepada jenis yang suka baca tajuk saja.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, pelakon jelita, Fathia Latiff telah memuatnaik ‘screenshot’ tajuk sebuah artikel yang mengaitkan dirinya dengan botox dengan caption berbunyi:
“Agak-agak la kalau nak buat gossip pon.”


Kononnya, wajah Fathia kini melecur teruk selepas mengambil suntikan itu.
Hakikatnya, ia hanya foto yang diambil selepas wajahnya disolek untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan di slot Cerekarama TV3.
Pelakon itu memegang watak sebagai seorang isteri yang gilakan suntikan botox hingga dianiaya rakan sendiri. Macam menarik kan?
Apapun, harapnya Fathia tak ambil serius perkara ini sebab peminat sekarang sudah semakin bijak.
Kalau rasa was-was, tengok saja Instagram untuk periksa kesahihannya, betul tak? – MYNEWSHUB.CC

back to top