Pelakon cantik yang juga pengacara popular Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor nyata dilihat cukup bekerja keras untuk memastikan perniagaan tudungnya berjaya dan terbukti Naelofar Hijab telah mendapat sambutan yang cukup hangat sebaik saja ianya dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.
Dalam waktu yang sama, Murai Batu pun perasaan juga ada banyak lagi perniagaan menjual tudung lain yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tetapi tak dapat dinafikan tudung yang diilhamkan Neelofa untuk Naelofar Hijabnya ada keunikan tersendiri.
Biarpun ada yang memberikan persepsi negatif tentang produk tudungnya itu, lebih-lebih lagi selepas dia melancarkan Naelofar Fantasia Raya 2015 sempena kempen Aidilfitri Naelofar Fantasia Raya 2015, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini tetap melihat perkara itu dari sudut positif.
Bercakap pasal Naelofar Fantasia Raya 2015, terdapat beberapa model lelaki kacak yang dikaitkan dengan Neelofa selepas menjayakan kempen tersebut.
Salah seorangnya adalah Malik McMcrone itu tidak semena-mena dikatakan cukup rapat dengan Lofa ketika ini setelah gambar mesra mereka berdua dimuatnaik di Instagram masing-masing.
Terbaru, Murai Batu perhatikan Lofa kini sedang bercuti di kota London. Mungkin dia sedang cuba membayar segala kepenatan mencari rezeki di bulan Ramadan dengan bercuti ke kota mahal tersebut.
Tetapi apa yang menariknya, Neelofa kali ini tidak pergi bersama keluarganya. Tapi, dengan siapa dan untuk urusan apa, tiada pula Lofa sertakan di dalam posting instagramnya itu.
Namun entri tersebut seolah-olah seperti cuba memberikan pembayang bahawa dia tidak berseorangan di kota London. Sebaliknya, dia ditemani seorang lelaki yang gambarnya diambil daripada sisi belakangnya saja. Amboi.. Biarlah rahsia ker?
Siapakah jejaka tersebut? Tup tup info selanjutnya yang Murai Batu perolehi mengatakan bahawa jejaka tersebut merupakan salah seorang model yang beraksi dalam kempen tudungnya tidak lama dahulu.
Haaa korang faham tak apa yang Murai Batu sedang fikirkan?
MURAI BATU: Lepas raya macam sunyi je telinga dari mendengar gosip di sini sanakan? Aman juga rasa tapi boringlah!