Beberapa hari lalu, Murai Batu perasan kecoh di Instagram pelakon popular Nora Danish apabila peminat dan penyokongnya mendakwa dia telah melukis atau membuat tatu seolah-olah menyerupai lambang iluminati atau freemason di lehernya.
Menerusi foto yang dimuat naik itu Murai Batu lihat memang jelas ianya berbentuk segi tiga berwarna silver tetapi Murai Batu sendiri tidak pasti kalau benar ianya menyerupai lambang dajjal tersebut.
Pengikut Instagram milik Nora Danish telah meragui dengan lambang tersebut dan mula bertanyakan kepadanya sendiri untuk meminta penjelasan.
Setelah mendapat komen negatif yang bertalu-talu daripada pengikutnya itu, Nora akhirnya tampil membalas komen yang berbunyi seperti berikut:
“Freemason? Gila Ke apa Korang Ni? Cuba goggle Freemason punya lambang!!! Jgn negatif sgt la dgn semua benda. Tolong lah ”
Nora nampaknya sudah naik hantu dengan dakwaan tersebut dan meminta peminatnya supaya tidak berfikiran negatif.
Maknanya menerusi komen tersebut Nora telah cuba menafikan ianya bukan lambang yang mereka maksudkan.
Jadi Murai Batu harap semua peminat sudah berpuas hati dengan jawapan Nora itu kerana isu dajjal ini bukan boleh dibuat main-main ya.