Janggal rasanya jika bertandang ke negeri Serambi Mekah, tetapi tidak singgah di pasar-pasarnya. Selain sebab untuk membeli ole-ole, di pasar-pasar beginilah anda boleh memerhatikan kehidupan rakyatnya yang kaya dengan budaya dan unik gaya hidupnya. Meriah dengan keramahan serta manis dengan senyuman menjadi rahsia pemikat pengunjung luar terhada penjual di negeri Kelantan ini. Untuk ini kita jelajahi enam pasar di negeri Kelantan.
PASAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU
Secekal namanya, begitulah penghormatan yang diberikan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, terhadap semangat keusahawanan wanita Cik Siti Wan Kembang. Pasar yang terletak di tengah-tengah bandaraya Islam Kota Bharu ini selalunya menjadi perhatian pertama tetamu asing untuk mengenali wajah-wajah Kelantan sepintas lalu. Di sini, majoriti peniaga yang menggerakkan ekonomi terdiri daripada kaum wanita, bukan sahaja daripada bangsa Melayu, tetapi juga Cina, India, Siam dan Kemboja. Mereka ini, amat fasih dengan loghat tempatan dan sentiasa mesra terhadap para pelanggan sehinggakan ramai yang terkeliru keturunan asal sebenar mereka. Pasar yang terletak di tengah-tengah bandaraya Islam Kota Bharu ini selalunya menjadi perhatian pertama tetamu asing untuk mengenali wajah-wajah Kelantan sepintas lalu. Di sini, majoriti peniaga yang menggerakkan ekonomi terdiri daripada kaum wanita, bukan sahaja daripada bangsa Melayu, tetapi juga Cina, India, Siam dan Kemboja. Mereka ini, amat fasih dengan loghat tempatan dan sentiasa mesra terhadap para pelanggan sehinggakan ramai yang terkeliru keturunan asal sebenar mereka.
PASAR WAKAH CHE YEH KOTA BHARU

Inilah lokasi perniagaan yang baru bersinar di ibu negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga. Asaslnya, penjaja di sini adalah daripada pasar di Jalan Hamzah, tetapi telah dipindahkan berikutan pembangunan di tapak lama. Sejak beberapa tahun lepas, pasar borong Wakaf Che Yeh mula meniti dari bibir ke bibir bukan sahaja warga tempatan tetapi juga pengunjung luar.
Boleh dikatakan pasar ini beroperasi 24 jam iaitu berkonsepkan pasar pagi, pasar runcit, pasar malam dan pasar borong. Paling menarik, ia menjadi begitu rancak di saat jam berdenting di tengah malam. Beratus-ratus gerai kecil dibina memenuhi celah-celah bangunan panjang sehingga penat kaki berjalan.
Seribu satu barang daripada pelbagai fesyen pakaian, tudung bawal, kasut bundle, permaidani, perhiasan rumah, aksesori kereta, dan permainan kanak-kanak, semuanya boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Lagi untung sekiranya bijak memilih dan pandai tawar-menawar.
Malah, pelancong tidak perlu risau walaupun kokok ayam telah bersahut, anda masih boleh menikmati hindangan panas masakan ala Kelantan dan Thailand yang banyak tersedia di kedai-kedai sekitarnya.
PASAR RANTAU PANJANG, TUMPAT
Destinasi popular bakal pengantin. Itulah kelainan yang masyhur di pasar bersempadan dengan Negara Gajah Putih ini.
Sarat dengan beraneka produk dari Negara seberang, Pekan Rantau Panjang pasti tidak terlepas daripada agenda lawatan ke Kelantan. Ramai yang kagum dengan halusnya seni dan tingginya kreativiti peniaganya menghasilkan cenderamata untuk majlis perkahwinan, keraian ataupun sekadar buah tangan kenangan.
Daripada barang biasa seperti sapu tangan kecil sehinggalah sampah terbuang umpamanya sabut kelapa, digubah cantik sampai memukau pembeli untuk memiliki. Sudahlah harga amat murah, comel dan unik pula bentuk bermacam jenis hiasan rumah, aksesori wanita serta manisan mulut warisan masyarakat negeri ini. Selain itu, barang tembaga, periok belanga, alas tidur, pinggan mangkuk, termasuk buah-buahan tersedia dengan seribu pilihan di Pasar Rantau Panjang.
PASAR TOK BALI, PASIR PUTEH
Ikan segar terus dari laut. Masih basah dan menggelupur dari jaring nelayan. Kelebihan inilah menjadikan ikan dari Pelabuhan Tok Bali tersohor sehingga ke Negara serantau. Tetapi, jangan datang pada waktu pagi kerana anda tidak akan mendapat apa-apa selain sayur-sayuran dan barang dapur biasa yang lain. Singgahlah selepas Asar, hiruk pikuk peraih ikan melelong jualan dan nelayan yang baru tiba di jeti merancakkan suasana sehingga tengah malam. Lebih-lebih lagi pada petang Jumaat, apabila pasar malam diadakan di sekitarnya.
Ikan, udang, sotong, ketam dan hasil laut lain boleh diperoleh di sini secara borong dengan harga istimewa.
Selain pasar ikan, Tok Bali juga begitu megah dengan jambatan tingginya serta pemandangan indah pantai dan kuala yang membiru.
PASAR WAKAF AIK, BACHOK.
Pernahkah anda melihat ikan Barat, Kintan atau Siakap laut? Bagi kaki pancing tentu tidak kekok mengecam pelbagai jenis ikan pelik ini, tetapi bagi orang kebanyakan, sukar sekali mengenali apatah lagi menemuinya di pasar biasa. Tetapi, jika teringin menikmati lauk istimewa sepsis baru seperti kepah, remis, udang ketak dan sebagainya, jemputlah ke pasar pagi Wakaf Aik.
Di sini, ramai golongan petani dan nelayan kecil sendiri yang berniaga pada setiap pagi Rabu. Dengan menawarkan harga murah tanpa untung yang berganda, mereka menjamin kualiti dan kesegaran ikan yang amat memuaskan.
Sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti kulat sisir, pucuk paku merah, pucuk jenerih, serta jeruk nipah yang jarang dijual di tempat lain juga boleh di pasar kecil dan terpencil ini.
PASAR JELAWAT, BACHOK
Biarpun tidak terbilang seperti pasar-pasar utama lain, Pasar Jelawat sebenarnya tidak kurang potensi majunya. Terletak tidak jauh dari pasar Tok Bali, pasar ini menjanjikan keistimewaan tersendiri. Masih mengekalkan konsep pasar yang menyediakan berbagai bahan basah dan kering dari peniaga setempat, seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan seumpamanya. Namun apa yang sangat menarik, harga yang ditawarkan amat murah sehingga mengejutkan pengunjung.
Jika kena pada hari dan waktunya, pembeli boleh mendapatkan sayur-sayuran daripada peraih dengan harga sepuluh kali ganda lebih murah dari biasa. Syaratnya, datanglah seawal 5.00 pagi semasa operasi baru bermula terutamanya pada hari Jumaat.
Walau bagaimana pun, kegiatan di pasar ini mula mengendur menjelang waktu tengah hari.
Bagi mereka yang ingin mengadakan kenduri, pasar Jelawatlah pilihan terbaik mendapatkan harga pukal yang menjimatkan bajet anda.
Sumber: Majalah QIADAH, terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.