MASYAALLAH!! Video Bayi Berusia 2 Tahun Didera Pengasuh Pusat Asuhan.. TERGAMAK!

No Comments

SEORANG ibu hanya mampu menangis selepas melihat rakaman video menunjukkan anaknya yang baru berusia dua tahun sedang didera seorang pengasuh pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.


Ibu tunggal berusia 40 tahun itu yang enggan namanya didedahkan berkata, laporan polis telah dibuat kerana dia tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa seperti anaknya.
Menurutnya, video berkenaan telah merungkai segala persoalan mengenai kesan lebam dan bengkak pada badan anaknya.


Tergamak dia buat macam tu, saya rasa nak menangis. Semangat saya baru hendak pulih selepas suami meninggal, mereka buat macam ini dekat anak saya,” katanya, memetik laporan berita Astro Awani.





Menerusi video, bayi malang itu ditampar di muka beberapa kali oleh pengasuh wanita terbabit kerana tidak henti-henti menangis.


Pelaku turut menutup muka kanak-kanak itu dengan sehelai tuala supaya dia berhenti menangis, sambil memicit-micit bahagian muka mangsa termasuk hidung.


Menurut ibu mangsa juga, klip video tersebut diterimanya melalui kiriman aplikasi whatsapp daripada seorang kenalan yang bekerja di pusat asuhan tersebut.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Adris Abdul Ghafar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan siasatan telah dijalankan.


Rakaman video berdurasi 44 saat yang dikatakan dirakam pada 15 Oktober itu telah tersebar di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC



ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

back to top