Berlaku pertelingkahan sepasang suami isteri atas dasar jubbah yang
dipakai isterinya itu tidak menepati syarat Islam akhirnya berakhir
dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di bahagiam muka dan
dipukul dengan penyangkut baju hinggaj cedera ditubuh.
Kejadiaan ini berlaku di rumah kedua pasangan terbabit di Setapak
kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-dua sedang bersiap untuk
ke sebuah acara majlis makan malam.
Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami
mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak
Syarikat tempat si suami bekerja.
Namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehelai jubbah, lelaki
terbabit meminta supaya si isteri menukar pakaiannya disebabkan pakaian
yang dikenakan sangat ketat melekat sehinggah menampakkan bentuk badan
si isteri.
Si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai oleh isterinya itu terlalu
ketat melekat pada tubuh, jadi secara dasarnya ia di kategorikan tidak
menutup aurat dan tidak menepati syarat Islam.
Bagaimanapun, si isteri tersebut enggan menukar pakaian itu kerana
berpendapat jubbah yang dipakainya biasa-biasa sahaja dan sudah cukup
untuk menutup aurat, katanya kepada si suami ketika dihubungi semalam.
Sumber itu berkata, pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut
si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka si isteri
berkali-keli.
Tidak pula cukup dengan itu, dia terus memukul badan mangsa dengan
menggunakan penyangkut baju hinggah wanita itu cedera di bahagian mulut
dan lebam di seluruh badan.
Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum
membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di balai Polis
Setapak. - BH
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH
6 comments
memang x sesuai pun memakai jubah yg ketat sehinggakan menampakkan susuk badan, tukar je la apa masalahnya... jubah sepatutnya longgar tp skrg dh menjadi trend memakai jubah yg ketat... nk pakai tngk la badan sesuai ke tak....jgn la pakai yg ketat
derhaka
Bongok betul ah bini Dia. Tak tahu etika berpakaian ke? Ehh derhaka pulak tu dengan laki bila laki suruh tukar pakaian. 😪
kalau difikirkn lagi dua dua salah...si istri menggunakan pakaian yg ketat sehingga menampakan susuk badan...si suami plak pukul sehingga cedera mana boleh...kalau tak silap pukul guna 3 lidi pun dh cukup...nk tumbuk bagai dh knpa...dunia dunia
btl tu.wlaupun salah istri, suami msti tnjuk ajar yg mane salah yg mane btl dgn cra yg baik.bkn cra pkl istri.istri plak jgn drhka dgn suami.
Xbule salahkan lelaki jg dlm hal ni krn sang isteri ingkar n sang suami plak hilang kawalan dalam mengawal perasaan marah. Dah suh tukar xmau plak..dah tu msti mlawan sbb tu c lelaki rsa tcabar.