Suami Saman Isteri Selepas Terkejut Melihat Wajahnya Tanpa Mekap

No Comments
Seorang lelaki di Algeria percaya kejelitaan seseorang wanita itu hanyalah dari aspek fizikal dan luaran sahaja. Sehari selepas melangsungkan perkahwinan, lelaki ini telah menyaman isterinya selepas terkejut melihat wajah isterinya yang tidak secantik seperti sebelum hari perkahwinan mereka.

Tujuan samannya adalah kerana dia terkejut melihat wajah isterinya tanpa memakai mekap. Si suami memberitahu mahkamah yang dia tidak mengenali wajah isterinya selepas bangun dari tidur dan menyangka isterinya merupakan seorang pencuri yang ingin menceroboh masuk apartmentnya selepas isterinya menanggalkan mekap di wajah.

Lelaki ini berasa seolah ditipu oleh isterinya kerana memakai mekap tebal untuk mencantikkan wajah dan menuntut ganti rugi sebanyak $20,000 Usd kerana mengalami penderitaan psikologi.


back to top