Sebelum ini ramai yang ternantinanti drama Dia Isteri Luar Biasa yang dimenjadi
drama terbitan Ziela Jalil dan dibintangi pelakon hebat seperti Fathia Latiff, Shukri
Yahaya dan ramai lagi. Namun ianya telah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan
drama penuh maksiat.
Namun ‘Surat Terbuka Buat Drama Dia Isteri Luar Biasa Yang Dikatakan Penuh
Maksiat‘ telah menjadi viral di media sosial dan kini Ziela Jalil tampil memohon maaf
kepada manamana pihak yang kurang senang dengan beberapa adegan dalam drama
terbitannya yang dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.
Ziela Jalil yang mengambil positif akan komenkomen tersebut bersuara yang drama
terbitannya masih lagi ada unsurunsur teladan yang boleh diambil contoh.
“Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda
yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda
yang kita tidak boleh buat dalam drama.
“Bukan senang… Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat
kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk
mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.
“Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka
dan akan lebih berhatihati menghasilkan drama pada masa akan datang,”
Apabila menyentuh soal banyak adegan mesra secara berlebihlebihan lakonan Fathia
Latiff dan Shukri Yahaya sebagai suamiisteri sehingga menimbulkan rasa kurang
senang penonton lebihlebih lagi ditonton golongan kanakkanak. Ziela Jalil
menyifatkan penerbit sepertinya tidak patut dipersalahkan sekiranya ada kanakkanak
rosak akhlak dan ia tiada kaitan langsung dengan drama tersebut.
“Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anakanak itu tidak
baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga dramadrama lain.”
“Saya percaya pembentukan akhlak anakanak bermula daripada cara didikan
ibu bapa itu sendiri,”
Dengan tampilnya Ziela Jalil menjelaskan keadaan sebenar tentang drama terbitannya,
semoga semua pihak berpuas hati dan menerima dengan baik jawapan dari pihak Ziela
Jalil sendiri. Untuk lebih mudah, ambil sahaja nilai pengajaran dalam drama tersebut,
yang negatif sila tolak tepi. Tak gitu?