Muhyiddin Dipanggil Menghadap Sultan Johor Petang Ini

No Comments


56148


BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang ini.
Memetik satu sumber, portal The Malaysian Insider melaporkan, Sultan Ibrahim memanggil Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh untuk bertemu baginda di Istana Serene, kira-kira jam 3.30 petang ini.

Saya Tetap Akan Setia Dengan UMNO, Tak Akan Sertai Parti Lain

“Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana untuk makan tengah hari bersama,” ujar sumber berkenaan kepada portal itu.
Menurut individu berkenaan, tujuan pertemuan itu akan membincangkan tentang penguguran Muhyiddin selaku timbalan kepada Datuk Seri Najib Razak dalam kabinet kerajaan selain daripada isu-isu terkini.
Muhyiddin yang masih menjawat kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO hadir ke Johor bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO bahagian Kluang pada jam 10.10 pagi tadi. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Muhyiddin Masih Sedia Bekerjasama Dengan Najib

back to top