[GAMBAR] Ustazah Muda Dicekup Berkhalwat Dengan Duda Dalam Operasi Cegah Maksiat!

No Comments
Foto: Ustazah Muda Dicekup Berkhalwat Dengan Duda Dalam Operasi Cegah Maksiat!


Nafsu tak mengenal status..

Begitulah yang boleh disifatkan dengan  berita penangkapan seorang ustazah kerana berkhalwat oleh sepasukan  penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya  di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu  bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari  Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil,  manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar  panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang  hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air  sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan  mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila  diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

"Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam  (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan", katanya.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi  bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis,  Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan  anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu  tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan  lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam,  dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

back to top