CINTA ITU TIDAK KENAL PARAS RUPA! LELAKI INI KONGSI RAHSIA PIKAH GADIS MAT SALEH

No Comments

8 Ogos yang lalu adalah detik bahagia bagi seorang lelaki yang bernama Bayu Kumbara, apabila dia berjaya menikahi gadis pilihan hatinya yang berasal dari Britain Wanita pujaan hati Bayu, Jennifer Brocklehurst berasal dari Britain, manakala Bayu sendiri adalah seorang warga Indonesia.

 Bayu merupakan seorang graduan lulusan Antropologi dari Universiti Andalas. Menurut Jennifer, mereka pertama kali bertemu ketika dia melancong ke Sumatera Januari lalu dan sejak itu mereka saling jatuh cinta.


Jika difikirkan, tiada apa yang luar biasa tentang hal ini. Saban minggu, atau mungkin saban hari ada saja orang yang bernikah dalam dunia ini. Tetapi... ...menurut media Indonesia, perkahwinan pasangan ini jadi topik perbualan hangat kerana Bayu yang berwajah "lucu" dapat memikat gadis mat salleh secantik Jennifer.

 Eh, tak baiknya. Kan cinta tak kenal rupa? Pernikahan itu juga lebih menarik perhatian apabila Jennifer meminta dana secara online di laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinannya bersama Bayu Jennifer juga berhasrat hendak membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya menggunakan dana tersebut. Dia meletakkan target sebanyak 2,500 pound (RM15,000) tetapi hanya berjaya mengumpul 1,000 pound sahaja.

Tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan itu, walaupun dana tidak mencukupi dan tidak mencapai target. Laman tilt.com adalah laman di mana anda boleh "meminta dana" dari sesiapa saja untuk tujuan apa pun.

Buat masa ini, laman Tilt hanya boleh digunakan oleh warga Amerika, United Kingdom dan Kanada. Bayu dan Jennifer memuat naik gambar pernikahan mereka dan susulan daripada itu, laman sosial mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan mahupun followers Setakat ini, nampaknya Jennifer dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Bayu. Dia malahan telah menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan saudara Bayu di kampung.

 Keluarga Jennifer sendiri pun nampaknya menerima perkahwinan tersebut dengan baik, walaupun mereka berbeza budaya, bangsa, dan agama Kami doakan semoga perkahwinan Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst kekal bahagia dan sweet sebegini til Jannah... jom layan foto mereka di bawah..


back to top