CAPTION AERIL ZAFREL UNTUK ISTERINYA YANG MEMBUAT BERIBU WANITA MENANGIS

No Comments

Ini Adalah Sebab Aeril Zafrel Merupakan Suami Idaman Malaysia




Ingat tak pada suatu masa dahulu perkahwinan Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal penuh dengan kontroversi dan ramai yang kecam tindakan pasangan ni menyembunyikan perkahwinan mereka daripada pengetahuan peminat dan orang ramai. Tapi tu cerita dulu.. Sekarang pasangan ni masih kuat dalam menjalin hubungan sebagai suami dan isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata. Alhamdulillah..
 
Ramai yang tak tahu sebenarnya Aeril Zafrel ni sweet dan caring orang nya. Baru-baru ni pelakon kacak tu memuat naik gambar Wawa Zainal serta meletak kapsyen yang amat menyentuh hati kami.. tapi pada masa yang sama kapsyen tu amat lah sweet.
 
*mata masuk habuk
 

Duhai isteriku engkau itu persis anak mataku,melihatlah dan menataplah apa yang ada dalam qolbuku; betapa mata hati sang suamimu ini mahu kau selamat,ingin kau bahagia dan selalu terlindung dari fitnah dunia, fitnah di alam barzakh dan fitnah di padang masyar.
 
Dekati aku,ikuti aku bila jalan ini menuju Tuhan. Tapi tinggali aku, jauhi aku – bila aku menjarakkan engkau dengan Tuhan…
 

memuliakan dirimu dan menjadikan dirimu itu berharga tidaklah kerana limpahan kemewahan dan mengunungnya kekayaan tetapi dengan peribadimu yang menawan dengan kesolehanmu
 

back to top