dilihat kepada penampilan pelakon Chacha Maembong akhir-akhir ini, gadis manis itu kelihatan lebih kurus berbanding penampilan awalnya dalam dunia hiburan. Adakah berat badan adik kepada Emma Maembong ini susut kerana kecewa atau merajuk?
“Eh, bukanlah kerana kecewa atau merajuk dengan sesiapa. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa diet. Mungkin saya kelihatan susut kerana sibuk bekerja. Tapi saya sendiri makan macam biasa, tetapi kadang-kadang terlepas juga untuk makan kerana sibuk di lokasi,” ujarnya.
Tidak perasan dengan perubahan tubuh badannya sendiri, Chacha sedar dengan perkara itu apabila ada rakan-rakan yang menegur mengenai berat badannya yang susut.
“Saya sendiri tak perasan berat badan saya susut. Bila orang tegur baru saya sedar. Saya sendiri tak rasa apa-apa langsung kerana saya menjalankan kehidupan seperti biasa, pergi ke set penggambaran, berlakon dan kadang-kadang saya bersenam untuk mengekalkan stamina dan sebagainya. Kondisi berat badan saya tidak stabil, saya senang untuk naik berat badan dan senang juga untuk turun,” kata Chacha lagi.
Dalam pada itu, Chacha juga mengumumkan yang dia kini sudah bernaung di bawah syarikat pengurusan artis Paranormal Talent yang dikelolakan oleh Melaka Boy. Emma Maembong juga turut berada dibawah pengurusan yang sama.
“Syukur, semuanya berjalan lancar. Pihak pengurusan baru sangat mengambil berat mengenai artis mereka. Mereka sangat membantu untuk menguruskan saya, sebagai contoh jika ada masalah seperti saya tiada kenderaan untuk ke lokasi penggambaran, mereka akan mengambil saya di rumah. Walaupun baru, sudah ada banyak tawaran yang saya dapat menerusi pengurusan baru ini,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Chacha baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri Ema Emyliana dan bakal memasuki set lokasi penggambaran musim terbaru ‘Oh My English’.
Sumber : Murai Batu