ENAM CARA HINDARI RAKAN TIKAM BELAKANG

No Comments


باسم الله الرحمن الرحيم


BERHATI-HATI
Sentiasa berhati-hati dengan rakan sekerja yang berpura-pura baik. Biarpun sukar untuk mengesan rakan sepejabat yang tergolong dalam kategori ini, namun sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya kawal bicara anda agar rahsia yang sepatutnya tersimpan rapi tidak diketahui sesiapa.


BERJAGA-JAGA
Siapa tahu mungkin ada rakan yang tidak suka atau senang dengan anda di tempat kerja. Individu tersebut tentunya akanberusaha meyakini atau mempengaruhi orang lain agar berpihak kepadanya. Malah, tidak mustahil juga dia turut bertindakmenyebarkan berita atau cerita todak benar tentang anda. Oleh itu, sentiasa berwaspada dan jangan takut sekiranya anda berada di pihak yang benar.


MENGKRITIK SECARA TERANG-TERANGAN
Rakan sepejabat seperti ini biasanya akan menghentam anda di hadapan rakan-rakan lain tanpa berselindung. Jangan biarkan mereka berterusan dengan sikap tersebut. Katakan dengan baik bahawa anda tidak menyukai caranya dan jelaskan secara ringkas tetapi profesional.


KENDALI RAKAN YANG GEMAR MENCELAH
Anda pernah mengalami situasi sewatu sedang menjelaskan sesuatu, ada di antara rakan-rakan yang tiba-tiba mencelah. Berikan ruang kepadanya untuk berbicara sebelum anda menyambung kembali kata-kata anda tadi.
Sekiranya dia masih tidak berpuas hati dan tetap ingin mencelah, tegaskan pemdirian anda dengan menyatakan anda mahu rakan lain mendengar bicara terlebih dahulu sehingga tamat sebelum mendengar apa yang ingin dinyatakannya.


USAH BIARKAN IDEA DICURI
Usahakan agar idea menjadi hak mutlak diri sendiri. Sekiranya anda memiliki idea kreatif, jangan ragu untuk mengingatkan sesiapa bahawa idea tersebut hak anda. Apa yang penting,lakukan dengan wajar di samping membicarakan hal ini melalui keadaan perbicaraan yang tepat.


BERWASPADA DENGAN RAKAN YANG MEMBENCI ANDA
Golongan ini adalah individu yang memiliki seribu satu macam cara untuk menjatuhkan anda. Oleh itu, penting bagi anda untukmengetahui taktiknya di samping berusaha mencari jalan menepis setiap tindakannya.
Secara tidak langsung, anda akan semakin serasi dengan situasi genting dalam dunia persaingan yang semakin mencabar ini. Pertahankan kemampuan anda semaksimum mungkin dan jangan berhenti untuk terus belajar dan berusaha.

"Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).


Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).

Jadi, pelajaran untuk kali ni, berhati-hatilah kalau memilih kawan yer..




** Yang Baik datangnya dariNya, yang buruk datangnya dari diri saya**

back to top