PANAS! ABAM JAWAB KRITIKAN PANAS OGY; KRITIK JANGAN SAMPAI JATUH AIR MUKA ORANG!

1 comment

Ahad yang lalu, seperti biasa kumpulan Bocik gandingan Fad dan Abam telah membuat persembahan di program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah komen Fauziah Ahmad Daud @ Ogy yang mempersoal sketsa mereka.

Siap cakap kalau menang pun bukan sebab persembahan. Selang beberapa jam kemudian, Abam yang seakan ‘mendidih‛ mendengar kritikan tersebut terus memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang cukup berang.



Kalau menang pun kerana peminat ramai, bukan persembahan

Jika sebelum ini Ogy pernah mencetuskan kontroversi ketika dijemput menjadi artis undangan ketika Maharaja Lawak Mega 2014, kali ini lain pula ceritanya.

Korang baca sendiri lah komen Ogy ni, patutlah Abam seolah tak puas hati.

"Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana? Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undian lah..kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan.Terima kasih."

Ini jawapan balas Abam! 


Apa-apa pun harap Abam banyakkan bersabar lah ye, adat pertandingan memang akan dikritik tapi kalau melampau sangat pun tak boleh juga kan?

1 comments:

Jika profesianol..mereka x terasa dgn kritikan tu. Tpi terima dan cuba perbaiki. :[]

back to top