Dua Lelaki Ditembak Serang Pameran Hina Nabi

No Comments

WASHINGTON: Satu pameran seni anti-Islam di Dallas digemparkan oleh kehadiran dua orang lelaki bersenjata yang dipercayai membawa bahan letupan.

Dua lelaki terbabit ditembak mati selepas melepaskan tembakan di pameran terbabit.

Menurut pihak polis, salah seorang pegawainya turut ditembak semasa majlis mempamerkan karikatur Nabi Muhammad diadakan.

Bangunan tersebut dikawal dengan ketat oleh pasukan SWAT selepas beberapa das tembakan dilepaskan.



Menurut laporan, dua suspek menghampiran kawasan tersebut dan melepaskan tembakan terhadap pegawai bertugas.

Penganjur majlis tersebut, Pamela Gellar berkata dia mendengar beberapa pegawai bercakap tentang bahan letupan yang mungkin berada dalam beg galas dan juga kereta.

Selain itu, Gellar juga memberitahu terdapat desas desus yang bahan letupan mungkin berada di Wal-Mark berdekatan.

Majlis tersebut disifatkan satu pameran yang menhina Islam disebabkan menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah utama berjumlah AS$10,000 untuk melukis karikatur Nabi Muhammad. Pihak pengajur berkata mereka mempraktikan kebebasan bersuara. -Siakapkeli.my

back to top