[CCTV] Pelajar UNiMAP Maut terjatuh tingkat enam

No Comments
Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun meninggal dunia malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat beli belah di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Mohd Nur Hadi Hamdan, yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) naik ke tingkat enam untuk mengambil gambar bersama kakak dan adiknya sebelum terjatuh ke tingkat dua.
Mangsa yang jatuh dirakam CCTV

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah dirawat di HSBnamun disahkan meninggal dunia malam tadi.
Menurutnya, hasil laporan bedah siasat mangsa meninggal dunia kerana kecederaan di beberapa bahagian termasuk kepala.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber

back to top