[7 Gambar] Tujuh Keajaiban Baru Dunia - Alam Semulajadi

No Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Teruja dan bangga juga apabila mengetahui Bandaraya Kuala Lumpur berjaya terpilih dan diiktiraf sebagai 7 keajaiban baru dunia bagi kategori bandaraya. (World of New7Wonders Cities) disamping bandaraya Beirut (Lebanon), Doha (Qatar), Havana (Cuba), La Paz (Bolivia), Durban (Afrika Selatan) dan Vigan (Filipina).

Sebelum ini, pada 11 November 2011 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The New7Wonder Foundation ini telah mengumumkan 7 keajaiban baru dunia bagi kategori alam semulajadi. (Worlds of New7Wonders of Nature)

Mari kita lihat apakah 7 keajaiban baru alam semulajadi dunia yang menjadi pilihan daripada 440 lokasi pencalonan awal diseluruh dunia.


7 Keajaiban Baru Dunia - Alam Semulajadi


1. Amazon 
Hutan hujan Amazon adalah hutan merangkumi sebahagian besar lembangan Amazon di Amerika Selatan. Lembangan ini merangkumi 7,000,000 kilometer persegi (2,700,000 batu persegi) di mana 5,500,000 kilometer persegi (2,100,000 batu persegi) diliputi oleh hutan hujan.

Kawasan ini meliputi sembilan buah negara. Sebanyak 60% kawasan ini terletak di dalam negara Brazil, diikuti oleh Peru dengan 13%, Colombia dengan 10%, dan dengan jumlah yang kecil di Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname dan French Guiana.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia

Amazon merupakan yang terbesar dan paling kaya dengan kepelbagaian biologi hutan hujan tropika di dunia dengan anggaran terdapat 390 bilion pokok daripada 16,000 spesis. Amazon juga mewakili lebih separuh daripada jumlah hutan hujan dunia dan menjadi jantung bumi ini sebagai pembekal oksigen yang terpenting, mengawal kestabilan suhu, iklim dan cuaca dunia.


2. Halong Bay
Halong Bay merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Quang Ninh Province, Vietnam. Ianya merupakan sebuah teluk yang dipenuhi ribuan karsts batu kapur dan pulau dalam pelbagai saiz dan bentuk.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia

Teluk Ha Long mempunyai keluasan kira-kira 1,553 km persegi termasuk 1,960-2,000 pulau kecil yang sebahagian besar adalah batu kapur yang telah melalui 500 juta tahun pembentukan dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Bentuk geologi serta kepelbagaian alam sekitar di kawasan ini telah mewujudkan kepelbagaian biologi, termasuk biosistem malar hijau tropika, lautan dan pantai.


3. Air Terjun Iguazu
Iguazu Falls merupakan air terjun separuh bulatan dengan kira-kira 80 m tinggi dan 2,700 m diameter lebar ini terletak pada garis sempadan antara Argentina dan Brazil. Terdiri daripada banyak lata air terjun yang menghasilkan percikan air yang besar. Ia merupakan salah satu air terjun paling hebat dan mengagumkan di dunia.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia


4. Pulau Jeju
Pulau Jeju, juga dikenali sebagai "Island of the Gods" merupakan lokasi percutian popular bagi penduduk Korea dan pelancong asing. Ia dianggap sebagai salah satu destinasi bulan madu terbaik di dunia.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia

Pulau ini wujud dari aktiviti gunung berapi aktif lalu membentuk satu permukaan geografi yang unik dan menarik umpama kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat. Pulau Jeju mempunyai iklim yang sederhana dan walaupun di musim sejuk dimana suhunya jarang jatuh di bawah takat beku.


5. Komodo
Komodo adalah salah satu daripada 17,508 buah pulau yang membentuk negara Republik Indonesia. Pulau ini sangat dikenali melalui habitat utamanya iaitu Komodo Naga (Komodo Dragon), sejenis cicak yang terbesar di dunia dan hanya wujud di pulau ini.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia

Pulau Komodo mempunyai kawasan permukaan 390 kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih daripada dua ribu orang. Komodo adalah sebahagian daripada rantaian kepulauan Sunda dan termasuk dalam Taman Negara Komodo.


6. Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa 
Puerto Princesa Underground River terletak kira-kira 80 kilometer (50 batu) di utara pusat bandar Puerto Princesa, Pulau Palawan, Filipina. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara sejak tahun 1992.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia

Taman ini mempunyai landskap batu kapur manakala sungai bawah tanah ini pula panjangnya melebihi daripada 24 km (15 batu) dan termasuk daripadanya sepanjang 8.2 km (5.1 batu) seksyen bawah tanah Sungai Cabayugan. Kejernihan air sungai dan keindahan bentuk gua batu kapur di sini sangat menakjubkan.


7. Table Mountain
Table Mountain adalah gunung yang rata menjadi mercu tanda yang terkemuka menghadap bandar Cape Town di Afrika Selatan. Ciri utama Table Mountain atau Gunung Rata ini adalah puncaknya yang tinggi dan rata kira-kira 3 kilometer (2 batu) dari sisi ke sisi.

7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia

Dataran tinggi ini diapit oleh Devil's Peak disebelah Timur dan Lion's Head disebelah Barat lalu membentuk pemandangan latar belakang yang sungguh mempersonakan bagi bandaraya Cape Town. Table Mountain ini berketinggian 1,086 meter (3,563 kaki) dari paras laut.


Warisan Kita Adalah Masa Depan Kita

Kesemua 7 keajaiban alam semulajadi dunia ini telah dipilih oleh pelbagai pihak yang bertauliah dan melalui undian orang ramai (lebih 100 juta pengundi). Ianya bertujuan untuk mendokumentasi, memelihara dan memperkenalkan keajaiban keindahan alam semulajadi ini kepada dunia dengan motto, "OUR HERITAGE IS OUR FUTURE!" agar ianya kekal terpelihara.

Semoga informasi ringkas ini memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi unik dan mempersonakan yang wujud di muka bumi ini. Sesungguhnya alam semulajadi ini adalah alam ciptaan Ilahi, anugerah untuk kita nikmati dan renungi... Tiada yang ajaib kerana Allah swt Maha berkuasa!

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2014/12/7-keajaiban-alam-semulajadi-dunia.html#ixzz3aKGg0aQp
Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook

back to top