[6 Gambar] Pembinaan Penempatan Rumah Kekal Mangsa Banjir Di Kampung Telekong, Kuala Krai Kelantan

No Comments
KOTA BHARU: Bertempat di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, satu Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Rumah Kekal Mangsa Banjir di Kg. Telekong, Kuala Krai telah diadakan dan telah dipengerusikan oleh YB Dato' Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Belia & Sukan Negeri Kelantan, Dato' Hj. Abd. Fattah bin Hj. Mahmood dan turut dihadiri oleh YM. Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/ Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, Wakil Dato' Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, YM. Ketua Jajahan Kuala Krai, wakil NGO terlibat iaitu MAF & MTS Ground Zero dan wakil Lembaga Zakat Selangor serta jabatan-jabatan atau agensi berkaitan projek berkaitan.






Bagi penempatan secara berkelompok dan terancang di Kg. Telekong, Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju menyediakan seluas 30 ekar Tanah Kerajaan di Mukim Telekong, Kuala Krai. Projek berkaitan akan dibangunkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) daripada MAF & MTS Ground Zero di bawah seliaan YABhg. Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Muhamad Tahir. Pembangunan terancang berkaitan melibatkan 60 unit rumah sesebuah, 6 unit kedai , 1 unit surau dan 1 unit dewan serbaguna hasil sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor.
Pada 14 April 2015 juga, kerja-kerja ukur telahpun dimulakan oleh pihak MAF & MTS Ground Zero sejurus berakhirnya mesyuarat penyelarasan yang telah diadakan.

back to top