[5 Gambar] Karnival Seni Silat Nusantara Kelantan 2015

No Comments
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS) telah menganjurkan Karnival Seni Silat Nusantara Kelantan 2015 bertempat di DewanJubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan.




Gambar Kelantan.gov.my

Program ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 5 sehingga 7 April 2015. Karnival kali ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 370 orang peserta dari dalam dan luar Negara. Ini adalah penganjuran kali kedua Kerajaan Negeri Kelantan selepas kali pertama diadakan pada tahun 2014. Program ini telah memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri keunikan gerakan silat yang dipersembahkan. Ianya merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan Seni Silat di seluruh Nusantara umumnya dan di Kelantan khususnya yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Bagi memeriahkan lagi penganjuran karnival ini, turut diadakan Majlis Pelancaran dan Ulasan Buku Seni Silat pada 5 April 2015 di Gelanggang Seni, Pertandingan Seni Silat Jatuh pada 6 April 2015 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV dan Pameran Senjata Silat Melayu pada 5 dan 6 April 2015 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI. 
Majlis Pelancaran Karnival Seni Silat Nusantara Kelantan 2015 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan.

back to top