[2 Gambar] Bekas Pelajar MRSM Kuala Krai Meninggal di Russia

No Comments
Kota Bharu: Seorang penuntut jurusan perubatan Malaysia yang terbabit dalam insiden kebakaran asrama di Russian National Research Medical University (RNRMU) di Moscow, Russia, dilaporkan meninggal dunia, hari ini.
sumber Metro
Al-Fatihah untuk Nur Atikah Alias
Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Francisco Munis ketika dihubungi berkata, mangsa, Nur Atikah Alias, 25, meninggal dunia kira-kira 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) akibat komplikasi pernafasan selepas mendapatkan rawatan di hospital di Moscow sejak 22 April lalu.
Katanya, mangsa turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan.
"Ahli keluarga mangsa turut berada di sini sejak Sabtu lalu, dan pihak kedutaan akan membantu proses membawa pulang jenazah Nur Atikah ke tanah air," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nur Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka.

sumber

back to top