23 Petua Kebahagian Rumah Tangga

No Comments
Info Perkahwinan | Selamat datang 
Pada kali ini kami ini kongsikan info perkahwinan iaitu 23 petua kebahagian rumah tangga:-

1-­ Sering melakukan kegiatan bersama­sama seperti makan bersama, keluar berjalan berduaduaan,
beriadah dan mandi bersama.

2-­ Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang
bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3-­ Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan
isteri.

4­- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah
bersama-­samanya.

5­- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada
pasangan.

6-­ Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa
bercinta dan berbulan madu.

8- ­Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9-­ Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri
berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10-­ Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11-­ Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga
sendiri.

12-­ Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan
kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13-­ Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama
ahli keluarga.

14-­ Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15-­ Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16-­ Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan
tinggalkan suami tidur sendirian.

17-­ Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing­masing menegakkan pendapat sendiri.

18-­ Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak­anak. Suami disifatkan seperti matahari
sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak­anak pula
umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19-­ Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing­masing sudah berusia.

20-­ Anak­anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka
pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21-­ Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli
keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22-­ Keluarga Islam, pastikan sekurang­kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah
bersama­sama ahli keluarga ­ merapatkan hubungan dan kemesraan.

23-­ Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana
bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Sumber

back to top