PALSU!! Berita Benjy Telah Dihukum Gantung Tiada Pengesahan Dari Hakim..

No Comments
               

BARU-BARU ini kecoh di laman sosial mengenai berita anak lelaki Allahyarham Azean Irdawaty, Khaeryll Benjamin atau Benjy telah menjalani hukuman gantung setelah disabitkan atas kesalahan mengedar dadah beberapa bulan lalu.
Malah, beberapa portal dan blog turut memuat naik beberapa keping gambar yang kononnya diambil beberapa minit sebelum aktor itu menjalani hukuman tersebut.

Anehnya, sehingga hari ini, belum ada sebarang pengesahan daripada keluarga mahupun pihak penjara mengenai kesahihan gambar yang tersebar itu.
Tambahan pula, status terakhir yang didengar tentang kes Benjy yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah adalah pada Mei lalu di mana sebutan semula kes sedang dijalankan.
Menurut Astro AWANI, usaha menghubungi peguam bela Benjy untuk mendapatkan kenyataan juga gagal.
Terdahulu, Benjy ditahan pada 27 Mac lalu dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, Johor dan dihadapkan ke mahkamah pada 8 April.

Sumber – MYNEWSHUB.CC


                         

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

back to top