ISU kontroversi melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam industri seni.
Peliknya, meskipun dikecam dan dikritik senarai tersebut masih terus bertambah dan terbaharu, melibatkan pelakon berwajah Pan-Asia, Julia Ziegler.
Menerusi laman Instagramnya, Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler ada memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang hanya mengenakan bikini ketika sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu baru- baru ini.
Hal itu, sedikit sebanyak mengundang kritikan segelintir pengguna laman sosial yang sememangnya gemar mencari kesalahan artis.