GELI!! Video Kantoi! Aksi Gay Bercium Di Wangsa Maju Jadi Viral

No Comments


NAMPAKNYA ‘kaum nabi Luth’ bukan sahaja banyak berkeliaran di Bandar Sri Permaisuri, kini sudah merebak sehingga ke Wangsa Maju.


Baru-baru ini, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki berbadan sasa berkucup mesra ketika sedang menunggu lif di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak telah menjadi viral.


Pada asalnya, pihak penyelenggaraan di kondo terbabit dikatakan hanya ingin menyiasat bagaimanakah salah satu pintu lif di kawasan tersebut mengalami kerosakan yang teruk.
Namun alangkah terkejutnya mereka setelah melihat aksi kedua lelaki ini yang merupakan penduduk di kawasan terbabit.



Cium Depan Lif, Tunjuk Kuat Depan ‘Awek’ oleh mynewshub



Menerusi video yang berdurasi 1 minit 33 saat itu, kedua-dua lelaki berkenaan tidak menyedari aksi ‘mesra’ mereka telah dirakam kamera CCTV

.
Selain melakukan aksi jijik, lelaki berbaju hitam dalam rakaman dapat dilihat mengusap kepala lelaki berbaju merah jambu.


Tidak lama selepas itu, dia melakukan pula aksi bodoh dengan merosakkan pintu lif disebabkan berang menunggu terlalu lama, mungkin hendak tunjuk kuat dekat ‘awek’ berbaju pink tersebut gamaknya..


Apa-apa pun, netizen mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lelaki terbabit yang songsang dan melakukan vandalisme.


“Lelaki yang ada skarang nie pun brape kerat je yg tinggal. Tak tolak lagi yang cenggini haa. Pupus pupus. Membujang ler jawapnyer. :’),” tulis Hamida Mohamad


Moga diberi hidayah, pintu lif tak bersalah jadi mangsa. Nafsu gay dan amarah punya pasal, ditendangnya sampai kopak. Apa perasaan kalau lif tu hidup, dia terajang kau sampai senak sampai abadi selamanya korang gay best tak? Hehe, renungkan,” tulis أفيق فردوس. – 

SUMBER: MYNEWSHUB.CC

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

back to top