AKIBAT TANGGUH PERKAHWINAN, KEKASIH GELAP POTONG ALAT SULIT BAKAL SUAMINYA!!!

No Comments


BEIJING - Gara-gara menangguhkan hasrat untuk menceraikan isteri, alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun dipotong kekasihnya.

Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan  berjaya yang dikenali dengan nama keluarga Liu itu, menjalinkan hubungan sulit dengan wanita itu 5 tahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu telah berjanji akan berkahwin dan membina hidup baru dengannya selepas menceraikan isterinya. 

Dia juga memberitahu wanita yang 30 tahun lebih muda daripadanya itu bahawa dia dan isterinya tidak lagi hidup sebagai suami isteri meskipun masih tinggal di rumah yang sama di bandar Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang, timur China.

Lapor Daily Mail, mangsa telah bertemu dengan suspek di sebuah hotel pada 13 September lalu dan mendakwa dirinya telah diberikan dadah sehingga tidak sedarkan diri. 

Suspek dilihat membawa senjata yang digunakan untuk memotong alat sulit mangsa

Lokasi kejadian dipenuhi dengan darah

Sebaik saja tersedar, mangsa terkejutnya yang dirinya dibasahi dengan darah dan mendapati alat sulitnya telah dipotong. 

Mangsa cuba mencari alat sulitnya, namun gagal dan segera mendapatkan bantuan.

Pihak berkuasa di negara itu kini sedang giat memburu wanita berkenaan.  

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

back to top