[2 GAMBAR] APA YANG TAK KENA DENGAN KELAHIRAN BAYI NI? KAUM IBU WAJIB BACA NI DEMI ANAK ANDA!

No Comments




Apa yang TAK KENA dengan lotus birth? 🌸
- membiarkan uri bayi melekat pada bayi hingga tali pusat kering sendiri (boleh refer post sebelum ini utk artikel lengkap)


Sebenarnya tak nak share ttg lotus birth ni sbb tak nak tolong promote mereka, tapi makin menjadi-jadi pula

Pendapat saya, uri tu benda yg keluar dr rahim, macam darah haid & nifas, bentuknya macam daging. Hukum utk mkn mmg haram , buat kosmetik pun haram. Daging apapun kalau dibiar di luar (suhu panas) akan membusuk sbb tindakbalas kuman pada darah/uri itu.

Utk bayi tanggal pusat ada yg mkn masa beberapa hari, ada yg 10 hari. Sanggup ke biar benda yg akan degenerate itu bersambung pada badan baby, dengan risiko jangkitan kuman pada baby? Baby yg baru berusia beberapa hari, dgn sistem imun yg lemah.

Memang ada kajian kata melewatkan memotong tali pusat selepas kelahiran membantu baby, tapi utk beberapa MINIT, bukan berhari-hari.

Allahu Alam. Dlm Islam ada hukum, perkara yg membawa kepada kebinasaan itu turut diharamkan, sebagaimana perkara itu sendiri. Contoh orang yang jelas sakit, boleh membawa maut & boleh menjangkiti orang lain juga, tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan, secara tidak langsung memudaratkan org lain.

Sanggupkah mengambil risiko memudaratkan bayi kita yg dikandung 9 bulan?


ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

back to top