Gambar mesej perbualan WhatsApp di antara suami isteri ini tersebar di laman Facebook sejak 17 Februari yang lalu.
Difahamkan, pasangan ini telah berbincang dimana si suami akan memberi kesemua wang gaji bulanan ke akaun bank isterinya.
Malangnya, si suami tidak berbuat demikian hampir setahun menyebabkan wanita terbabit menghantar mesej bagi memperingatkan lelaki itu.
"B... dah masukkan gaji B kat akaun sayang? Ni dah dekat setahun sayang mintak ni, tak masuk-masuk lagi. Bulan ni, harap jangan miss pula. Tak nak dengar alasan," kata wanita itu diakhiri dengan emoticon senyum.
Seakan-akan terlupa akan 'perbincangan yang lalu, lelaki itu mempersoalkan mesej isterinya itu.
"Apahal plak?" balasnya.
"Laaa... kan dah bincang sebelum ni? B masukkan semua gaji, nanti (duit belanja) sayang bagi la," kata si isteri cuba mengingatkan lelaki itu.
"Sia-sia je la B kerja macam tu. Untuk belanja je?" rungut si suami.
Kata-kata lelaki itu mengundang 'malapetaka' yang besar.
"Duit dapur pun pakai duit sayang, duit rumah, kereta, bil air, bil api, pampers susu barang anak, duit minyak, tol, roadtax, insuran, baiki kereta, bil hospital klinik, semua sayang yang bayar. Mak abah B kat kampung, sayang yang bagi duit belanja. Tabung haji diorang, sayang top up. B lagi, minta duit kat sayang.
"Sudahlah satu kerja di rumah pun tak menolong. Tahu nak main game je, COC, Facebook, WhatsApp. Bagi baliklah phone tu, phone pun ayang belikan.
"Sayang lagi Kuli dari Kuli. Lagi Khadam dari Khadam. Sayang lagi sia-sia jadi kuli selama ini," luah wanita itu yang sudah tidak mampu menahan sabarnya dengan perangai si suami.
"Tak payah nak mengungkitlah," balas lelaki itu.
"kalau macam tu, sayang tutup bisnes sayang. B (ambil alih) tanggungjawab semua. Tanggungjawab B bukan tanggungjawab sayang. Lagi nak kita sia-siakan.
"Sayang ni yang sia-sia hidup dengan B. Kerah tenaga siang malam pagi petang nak membela 'biawak' dalam rumah. Tanggungjawab B (pun) sayang pikul. Tanggungjawab sayang, sayang buat. Sayang tak tahu pun mana duit B pergi selama ini. Sayang bagi bisnes ni kat kakak sayang. B jangan mengungkit pula. Sayang jalankan tanggungjawab sayang je. Okay, bye," mesej terakhir dari si isteri.
Cuak dan rasa bersalah melanda di hati, lelaki itu cuba menghubungi isterinya. Namun sia-sia, hati wanita itu sudah mati untuk dipujuk rayu.
Kisah seterusnya kami tidak pasti, namun tidak pula nak berkata 'Padan Muka kau B'.
Sebagai seorang suami, jangan sesekali membebankan isteri. Bak kata Rahim Ghazali,
"Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah..."