Bengkak Mata Disangka Ketumbuhan, Apa Yang Doktor Temui Dari Mata Pesakit Ini Amat Mengerikan

No Comments


Seorang wanita berusia 55 tahun, Vineeta, menjalani pembedahan menakutkan untuk mengeluarkan cacing sepanjang 12cm daripada kelopak matanya. Keadaan itu berpunca akibat jangkitan parasit. 

Vineeta sebelum ini telah menjalani pelbagai rawatan namun tidak dapat mengesan punca kelopak matanya bengkak. 

Dia kemudiannya mendapatkan pandangan daripada pakar mata, Dr Vikram Mohindra dan selepas ujian dilakukan, barulah doktor terbabit mengesan parasit tersebut. 

Vineeta kini semakin pulih selepas penyakitnya itu dikesan di peringkat awal. 

"Saya amat berterima kasih kepada Dr. Mohindra kerana mengambil kes saya ini. Ia berbaloi apabila saya memutuskan untuk mendapatkan pandangan kedua berhubung penyakit saya itu," kata Vineeta yang kini dapat melihat dengan jelas tanpa perlu menggunakan cermin mata. 

Parasit itu menjangkiti mamalia melalui nyamuk, lalat dan kutu. 

Hanya 800 kes dilaporkan di seluruh dunia sejak ia pertama kali dikesan pada 1885 dengan kebanyakan kes dikesan di timur Eropah, Sri Lanka, Itali, Perancis. Greece dan Sepanyol.






back to top