Bayi Gadis 11 tahun Yang Viral Minggu Lalu, Disahkan Meninggal Dunia

No Comments



#Kisahsedih Info terkini bayi kepada kanak-kanak berumur 11 tahun kini disahkan meninggal dunia.

Mari sedekahkan Al-Fatihah.

Bayi kepada seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang dirogol menjadi viral dilaman sosial baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Memetik laporan sinar harian, bayi cukup sifat yang dilahirkan pada 5 Ogos lalu disahkan meninggal pada usia 8 hari dipercayai kerana menghadapi komplikasi dalam perutnya pada jam 3 pagi tadi.

Laporan tentang kematian bayi ini disahkan oleh Ketua polis daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias selepas dihubungi oleh wartawan sinar harian.


Baru-baru ini menjadi kecoh di media kisah seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di Bahau sekitar jam 10 pagi pada 5 Ogos lepas.

Mangsa dipercayai telah dirogol oleh teman lelakinya tetapi merahsiakan perbuatan tersebut, pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Kes mangsa bagaimana pun masih dalam siasatan polis dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber asal

back to top