10 Tips Keselamatan Setiap Wanita Wajib Tahu

No Comments
10 Tips Keselamatan Setiap Wanita Wajib Tahu | Setiap wanita perlu mengutamakan aspek keselamatan. Tidak kira anda berada di mana juga, anda mungkin boleh menjadi sasaran penyenayah sekiranya anda tidak peka akan keadaan sekeliling dan jika anda memandang remeh hal­hal keselamatan.

 Dengan banyaknya berlaku kes-­kes jenayah yang majoriti mangsanya adalah wanita, bab keselamatan tidak boleh diperlekehkan lagi.


Di bawah ini dikongsikan 10 Tips Keselamatan Yang Setiap Wanita Wajib Tahu. Ia boleh dijadikan panduan asas agar anda sentiasa peka dan pantas bertindak jika berdepan dengan keadaan yang mencemaskan.

1) Berwaspada ­

 Untuk mengelak dari sebarang ancaman yang tidak diingini pastikan anda sentiasa berwaspada. Anda perlu peka dengan keadaan sekeliling. Jenayah boleh berlaku tanpa diduga.

2) Ikut Naluri ­

Percayakan pada naluri anda. Jika anda merasakan sesuatu tempat itu tidak selamat, jangan pergi bersendirian. Minta seseorang untuk temankan ataupun elak dari melalui kawasan yang sunyi.

3) Belajar Cara Mempertahankan Diri ­

Anda tidak perlu menjadi seorang pemegang tali pinggang hitam untuk mempertahankan diri dari bahaya. Sekadar memiliki teknik mempertahankan diri yang asas pun sudah memadai. Apa yang penting ialah anda boleh mengelak dari menjadi mangsa penjenayah.

4) Cuba Untuk Selamatkan Diri ­

Jika anda berada dalam situasi yang bahaya contohnya penjenayah memiliki objek yang tajam atau ada lebih dari seorang penjenayah, jangan cuba nak melawan. Lebih elok anda cuba sedaya upaya untuk lari dan selamatkan diri. Jerit sekuat hati anda agar ada yang mendengari dan dapat membantu anda.

5) Jangan Panik

 Tidak kira anda berdepan dengan situasi apa sekalipun, cuba kawal emosi dan elak dari panik atau cemas. Bila anda panik, anda pasti tidak dapat berfikir secara rasional. Riak cemas di wajah anda juga akan membuatkan penjenayah menguasai anda dengan lebih mudah. Jadi bila berdepan dengan bahaya, cuba cari kekuatan dalam diri dan cari jalan untuk menyelamatkan diri anda.

6) Simpan Semburan Lada Atau Wisel ­

 Semburan lada atau wisel boleh digunakan sebagai senjata untuk menyelamatkan diri dari situasi yang getir. Jika anda diserang, lekas­lekas keluarkan semburan lada dari beg tangan anda dan semburkan ke wajah penjenayah tersebut. Anda juga boleh meniup wisel dengan kuat untuk menarik perhatian orang untuk datang membantu anda.

7) Utamakan Keselamatan Di Rumah ­

Jika anda tinggal bersendirian, pastikan keselamatan anda diberi keutamaan. Pasang CCTV atau apa sahaja yang dapat meningkatkan tahap keselamatan di rumah anda.

8) Pastikan Pintu Sentiasa Berkunci ­

 Satu lagi langkah berjaga­jaga bila anda bersendirian di rumah adalah memastikan pintu rumah sentiasa berada dalam keadaan berkunci. Begitu juga bila anda memandu, pastikan pintu kenderaan juga berada dalam keadaan berkunci. Perkara­perkara yang remeh seperti ini mampu menyelamatkan nyawa anda.

9) Elak Berkongsi Info Di Laman Sosial ­

Gambar atau apa sahaja maklumat peribadi yang anda kongsikan di laman sosial boleh menyebabkan anda menjadi sasaran penjenayah. Utamakan keselamatan walaupun di laman maya. Jangan kongsikan sebarang data peribadi dengan orang yang tidak anda kenali.

10) Ubah Sikap ­

Sikap anda memainkan peranan yang sangat penting bila ia melibatkan soal keselamatan anda. Pastikan anda sentiasa peka (alert). Jangan mudah panik. Sentiasa positif dan yakin yang anda dapat menangani apa jua situasi jika anda tenang dan bijak berdepan dengannya

back to top