RUMAH GENERASI BARU FELDA HANYA RM90,000

No Comments
ROMPIN: Harga RM90,000 untuk pembelian Rumah Generasi Baru FELDA (RGBF) secara jual-beli akan turut membabitkan 8,570 unit kediaman itu di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata, ia membabitkan projek yang hampir siap dibina dan masih dalam peringkat memuktamadkan tender di 33 kawasan penempatan FELDA.

Katanya, harga baru itu jauh lebih rendah berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini tidak termasuk insurans, pembinaan infrastruktur dan khidmat perunding yang akan ditanggung sepenuhnya oleh FELDA.
“Kita juga tidak akan berkompromi daripada segi kualiti pembinaan rumah itu dengan harga baru itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah RGBF Perantau Damai di Perantau Damai di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada dan Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia, Anuar Abd Manap.

back to top