[NAHAS DUKE] Siasatan 90% siap

No Comments
Kuala Lumpur: Siasatan terhadap kes kemalangan membabitkan tiga kematian di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu sudah 90 peratus siap.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, cawangan trafik sudah menjalankan siasatan penuh daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana pelanggaran berlaku serta mengenal pasti individu terbabit yang menjadi punca kemalangan.
Menurutnya, pembabitan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam siasatan polis juga tidak diperlukan kerana peranan badan itu adalah untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya.

"Saya terpanggil untuk merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan di antara dua kereta Perodua MyVi dengan pacuan empat roda model Pajero Sports hari ini.
"Ingin dijelaskan, rata-rata di media sosial isu hanya mempertikaikan mengenai kegiatan kereta berlumba dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kemalangan maut," katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.
Mohd Fuad berkata, pihaknya berharap orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi negatif sehingga membangkitkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap PDRM.

sumber

back to top