Di Langgar Ketika Melintas Jalan Tanah Merah-Pasir Mas

No Comments
Tanah Merah: Selepas bertarung nyawa selama 16 jam, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang dilanggar kereta bersama dua pejalan kaki lain di Kilometer 1, Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, di sini, Khamis lalu, menghembuskan nafas terakhir, kelmarin.
Mangsa, Che Ku Siti Fitri Juria Che Ku Anang, 23, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, jam 2.40 petang ketika menerima rawatan selepas parah di kepala.

KEADAAN mangsa yang parah selepas dilanggar kereta Khamis lalu.
Jenazah mangsa dituntut ahli untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Ujik Manik, Terengganu.
Dua lagi mangsa, Mohd Shaiful Azli Umar, 24, koma akibat cedera di kepala dan kini menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian, manakala Mohd Aiman Salahuddin, 24, patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Tanah Merah (HTM).
Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa cedera parah selepas dilanggar kereta Perodua Myvi ketika melintas jalan untuk ke perhentian bas ekspres di seberang jalan untuk pulang ke kampung sempena cuti Hari Pekerja.
Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Mohd Fadzir Manap berkata, siasatan mendapati mangsa bersama dua lelaki melintas jalan dari kiri ke kanan menuju ke perhentian bas ekspres.
Katanya, bagaimanapun kereta yang dipandu seorang guru dari Pasir Mas menghala ke Tanah Merah melanggar si mati bersama dua pejalan kaki lain.
“Mangsa pada mulanya dihantar ke HTM sebelum dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian dan disahkan meninggal dunia.
“Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sumber

back to top