Datuk Siti Nurhaliza akan tunai hajat anak arwah

No Comments

Impian adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam yang mahu bertemu Datuk Siti Nurhaliza mendapat reaksi positif penyanyi tersohor itu. 



Adik Nur Firuza Amira yang kehilangan kedua-dua ibu bapa serta adik bongsunya dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE awal pagi Sabtu lalu, melahirkan hasratnya itu menerusi satu rakaman video yang menjadi viral di laman sosial.

Datuk Siti kemudiannya membuat satu kenyataan balas ringkas di laman Twitternya yang menyebut "InshaaAllah..pasti bertemu."



Pengurusnya, Rozi Abdul Razak ketika dihubungi Bernama Radio24 berkata Datuk Siti hanya akan membuat kenyataan rasmi selepas bertemu adik Nur Firuza Amira dan keluarganya dalam masa terdekat.

Video adik Nur Firuza Amira yang berdurasi 5 saat itu turut mendapat perhatian meluas sehingga ramai yang meminta Datuk Siti mengambil adik Nur Firuza Amira, 7 tahun dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4 tahun sebagai anak angkat.

Kemalangan yang mengorbankan Fairuz Nizam Husain, isterinya Nova Safitri Azhari, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melawat keluarga mangsa, pagi tadi


Sumber Bernama Radio24

back to top