AMIRIZDWAN MAHU SLOT KESEBELASAN UTAMA TRW

No Comments

Kelantan mungkin sudah jumpa jawapan kepada kelonggaran barisan pertahanan selepas berjaya mendapatkan khidmat Amiridzwan Taj dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) minggu lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu perlu bingkas kembali cergas selepas baru pulih dari kecederaan.


Kini dibawah pengendali Azraai Khor, bekas pertahanan Harimau Malaya itu mahu cepat tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan.

Penyokong The Red Warrior mungkin dapat melihat aksi Taj sekiranya Azraai memberi kepercayaan kepada pemain itu untuk beraksi menentang Pahang pada Sabtu bagai saingan separuh akhir Piala FA.

Amiridzwan Taj telah beraksi selama tiga musim bersama ATM dibawah kendalian B. Satianathan sebelum memilih untuk menyertai Kelantan ketika jendela perpindahan pemain dibuka pada April.

sumber

back to top